MAJLIS PERPISAHAN GURU

Dewan Amal – 23 Nov 2018
Suatu majlis perpisahan secara sederhana telah diadakan untuk tiga orang guru yang akan berpindah keluar dari Seminda.

Guru-guru yang diraikan adalah Cikgu Zamri, Cikgu Nurhafizah dan Kaunselor Cikgu Fairus. Majlis berjalan dengan lancar dalam keadaan yang agak muram disebabkan oleh perasaan sedih dikalangan guru-guru dan murid-murid Seminda. Majlis turut dihadiri oleh bekas-bekas murid sekolah.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan dari yang diraikan, diikuti dengan penyampaian cenderahati dari pihak sekolah dan guru-guru kepada Cikgu Zamri, Cikgu Nurhafizah dan Cikgu Fairus. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dengan murid-murid sekolah.

Didoakan agar Cikgu Zamri, Cikgu Nurhafizah dan Cikgu Fairus dipermudahkan segala urusan mereka di sekolah baharu mereka. Semoga karier mereka dalam bidang pendidikan terus cemerlang dan ketiga-tiga rakan sejawat ini diberi kesihatan yang baik. Warga Seminda akan berasa kehilangan yang besar dan akan mengenang jasa mereka di sekolah ini.

Post navigation

Leave a Reply